Assalamualaikum.......



Dunia hari ini......


Sungguh mengujakan.


Aku terasa bagai dihimpit sesuatu yang sangat berat menimpa bahu..


Rasanya seperti telah lama kegemilangan islam itu telah luput ditelan zaman...


Yang demikian itu Aku terpanggil untuk membawa " The Glory Of Islam" dalam arena dakwah yang menjadi nadi dalam kegemilangan tamadun islam..


Dengan ini sebagai renungan terimalah wasiat imam syafie untuk islam,kita,dan aku...

Wasiat imam syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan
sepuluh perkara." -XlF3
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita
zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan


Sebagai rumusan, sebagai insan keperluan kepada peringatan dan muhasabah menjadi baja kepada perkembangan dan pertumbuhan kita dalam menjadi manusia yang bertakwa dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Ambillah wasiat ini sebagai panduan dan rujukan pada masa yang mendatang, InsyaAllah selamat di dunia dan akhirat...

Catatan popular daripada blog ini

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

TEORI SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI