Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Sambungan teori fungsional

Imej
Hari ini dan minggu seterusnya, perbincangan akan menelusuri teori fungsional daripada perkara asas teori hingga tahap kompleks perkembangan teori ini. 1. Struktur Teori fungsional mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan struktur terutama berkaitan struktur masyarakat kerana apabila merujuk kepada asas teori fungsional yang menekankan fungsi yang bersangkutan di antara ahli anggota masyarakat. Struktur akan memainkan peranan penting dalam menentukan fungsi dan peranan yang mesti digalas oleh setiap anggota. Fungsional juga adalah punca kepada kemunculan teori strukturalisme yang banyak dibincangkan oleh ahlinya. Sehubungan dengan struktur merupakan satu susunan masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing untuk dipenuhi bagi menjadikan kehidupan masyarakat lebih teratur dengan hakikat tugas yang ditetapkan oleh sesebuah masyarakat. Contohnya masyarakat hari ini dibahagikan kepada peringkat dan pangkat tertentu dan mempunyai tugas dan peranan mmasing-masing dalam menjalankan fu

Teori generik

Imej
Hari ini dan minggu-minggu yang mendatang kita akan membincangkan tentang teori generic yang mana ianya adalah satu perkara yang asas dalam mengenali teori sains sosial. Dipanggil teori generic kerana dapat menerangkan secara keseluruhan fenomena yang berlaku pada kehidupan manusia. Terdapat juga ahli sosiologi yang menentangnya kerana tidak merangkumi keseluruhan fenomena masyarakat contohnya teori fungsional menganggap manusia mempunyai fungsi dan struktur tertentu yang perlu dipenuhi dalam kehidupan mereka. Di sini apabila dinilai keseluruhannya teori ini boleh dianggap sebagai merangkumi tetapi tidak bagi sesetengah pendukung teori lain kerana mereka mengetepikan aspek negatif manusia iaitu pergolakan yang berlaku dalam fungsi yang ditetapkan. Begitulah keadaannya ahli sosiologi yang kita pelajari hari ini yang mana semua bertentangan pendapat kerana pegangan teori yang berlainan namun percanggahan ini melahirkan pelbagai teori lain yang menuju ke arah penerangan fenomena masyar