Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

Imej
Bronislaw Malinowski (7 April 1884 – 16 May 1942) Hari ini kita akan membincangkan mengenai sumbangan dan pemikiran saintifik Malinowski(rujuk rajah di atas), menunjukkan kita kebolehan beliau dalam meneruskan kajian mengenai fenomena masyarakat terutama dalam bidang Antrapologi, Namanya yang sebenar adalah Bonislaw Kasper Malinowski, berasal dari krakaow Poland,permulaan kebangkitan intelektual beliau di Kraków's Jagiellonian University, mengambil bidang matematik dan sains fizikal. Minat beliau dengan bidang antropologi bermula apabila membaca buku James Frazer 's The Golden Bough dan menceburkan diri dalam disiplin ini. Beliau telah menjelajah ke pulau papua yang menjadi lapangan kajiannya yang pertama serta penulisan mengenai masyarakat di pulau Trobriand iaitu Argonauts of the Western Pacific (1922), kajian yang popular dalam kandungan buku tersebut adalah berkaitan ritual Kula Ring - upacara pemberian hadiah yang dilangsungkan oleh semua suku kaum di kep

fungsionalism versi ahli antropologi.....

Imej
Radcliffe Brown functional analysis. Radcliffe brown merupakan seorang ahli antropologi yang banyak memberi sumbangan kepada disiplin antropologi terutama kemunculan antropologi sosial dan pengumpulan data etnografi melalui tulisannya "the Andaman Islander". Sumbangan beliau dalam teori fungsionalism juga adalah pengaruh daripada Emile Durkheim tetapi beliau cuba untuk memberikan satu kelainan kepada analisis teori ini yang mana pengkajiannya membawa kepada kelahiran struktural fungsionalism - sejak beliau melakukan kajian di Andaman mengikut kerangka struktur fungsi orang pulau andaman.        Kerangka utamanya adalah integrasi 1 sama dengan teori yang dikemukan oleh Durkheim dalam analisis teorinya. Terdapat tiga andaian utamanya : 1. Satu keadaan yang diperlukan oleh masyarakat untuk terus hidup adalah integrasi yang minimum terhadap bahagiannya. 2. Istilah 'function' merujuk kepada proses yang mengekalkan keperluan integrasi dan solidariti. 3. Dalam seti

Teori - teori dalam sosiologi dan antropologi: Teori Fungsional: Herbert Spencer & Emile Durkheim...

Teori - teori dalam sosiologi dan antropologi: Teori Fungsional: Herbert Spencer & Emile Durkheim... : "Herbert Spencer Emile Durkheim Kedua-dua tokoh mempunyai persamaan dari segi pengaruh dan teoritikal tetapi mempunyai penerangan..."

Teori Fungsional: Herbert Spencer & Emile Durkheim

Imej
Herbert Spencer   Emile Durkheim Kedua-dua tokoh mempunyai persamaan dari segi pengaruh dan teoritikal tetapi mempunyai penerangan dan analisis yang berbeza.Pengaruh yang sama boleh dilihat melalui inspirasi daripada Comte berkenaan organisme yang menghubungkan hidupan dan organ biologi manusia kepada manusia sebagai fungsi yang tidak boleh dipisahkan, kehidupan yang abadi. Keduanya mempunyai pengaruh daripada Comte sebagai memanjangkan analisis mereka mengenai fakta sosial hari ini.        Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi mari kita melihat timeline bagi kedua-dua tokoh di atas. Herbert hidup selepas Comte iaitu 1820-1903. Manakala Durkheim pula pada abad yang sama iaitu 1858-1917 yang mana timeline ini memberitahu kita bahawa pengaruh mereka terhadap analisis Comte dan ahli Sains yang lain seperti Darwin sangat kuat. Kekuatan tersebut dilihat sebagai satu kesimpulan kepada aliran pemikiran yang diwarisi oleh kedua-dua tokoh tersebut tetapi Herbert Spencer a