fungsionalism versi ahli antropologi.....



Radcliffe Brown functional analysis.

Radcliffe brown merupakan seorang ahli antropologi yang banyak memberi sumbangan kepada disiplin antropologi terutama kemunculan antropologi sosial dan pengumpulan data etnografi melalui tulisannya "the Andaman Islander". Sumbangan beliau dalam teori fungsionalism juga adalah pengaruh daripada Emile Durkheim tetapi beliau cuba untuk memberikan satu kelainan kepada analisis teori ini yang mana pengkajiannya membawa kepada kelahiran struktural fungsionalism - sejak beliau melakukan kajian di Andaman mengikut kerangka struktur fungsi orang pulau andaman.

       Kerangka utamanya adalah integrasi1 sama dengan teori yang dikemukan oleh Durkheim dalam analisis teorinya. Terdapat tiga andaian utamanya :
1. Satu keadaan yang diperlukan oleh masyarakat untuk terus hidup adalah integrasi yang minimum terhadap bahagiannya.
2. Istilah 'function' merujuk kepada proses yang mengekalkan keperluan integrasi dan solidariti.
3. Dalam setiap masyarakat, terdapat ciri-ciri yang boleh ditunjukkan untuk menyumbang kepada mengekalkan keperluan solidariti tersebut.

Analisis beliau boleh dilihat melalui tulisan beliau mengenai struktur masyarakat andaman iaitu analisis sistem keturunan masyarakat pulau andaman:

>>> andaiannya pertamanya mengenai soal keturunan ini melibatkan integrasi yang minimum dalam sistem keturunan mereka (rujuk andaian pertama) >>>> kemudian proses yang bersangkutan dengan sistem keturunan ini akan dinilai dan akibatnya mengekalkan cara integrasi dan solidariti sistem tersebut yang menjadi andaian kedua beliau (rujuk andaian kedua) >>> manakala andaian ketiga dapat ditunjukkan dengan munculnya ciri-ciri yang boleh menyumbangkan pengekalan solidariti sistem tersebut melalui sumbangan sistem keturunan dalam penentuan yang sistematik dalam penyelesaian konflik pemilikan tanah pusaka.

      Daripada analisis beliau mengenai sistem keturunan ini,kita melihat bahawa sistem ini memberikan satu analisis struktur yang menjadi intipati analisis beliau. Struktur sosial yang diketengahkan adalah satu analisis mengenai budaya masyarakat yang dikaji sebagai contoh kajiannya mengenai linguistik iaitu beliau menerangkan linguistik boleh dilihat dari sudut struktur yang mana faktor linguistik dalam suku kaum mungkin sama dalam beberapa generasi tetapi apabila beberapa anggota masyarakat telah tiada dan kemunculan imigran yang lain akan memberikan pendifusian bahasa kepada peringkat seterusnya yang boleh mempengaruhi bahasa suku kaum lain. Sumbangan ini telah membawa kepada analisis yang lebih kompleks oleh Talcot Parson dalam teori sistem.

     Kritikan terhadap teori yang dikembangkan oleh Brown berkisar tentang satu tautologi kepada tulisan Durkheim2 yang mana kelemahannya berkaitan dengan ketidakemprikal dalam analisis beliau terhadap integrasi sosial ini. Beberapa komentator telah memberi komen mengenainya yang mana berkaitan berapa banyak integrasi yang minimum diperlukan untuk fungsi tersebut dan sebagainya. Seterusnya perkara berkaitan analisis teologi yang dikatakan merbahaya jika diletakkan sebagai analisis beliau dalam fungsionalism seperti tulisan durkheim yang mengelak membincangkan perkara tersebut malah beliau berpendapat penggunaan perkataan "keperluan" atau keadaan yang diperlukan untuk wujud" perlu ditukar kepada perkara yang lain iaitu mengandaikan bahawa tidak perlu untuk semua fakta sosial itu dianalisis berbanding memadailah keadaan yang mana lebih baik untuk kewujudan mereka untuk mejadi bukti empirik - yang boleh ditemui dalam sistem sosial.

   

Catatan popular daripada blog ini

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

TEORI SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI