Teori Fungsional: Herbert Spencer & Emile Durkheim

Herbert Spencer

 

Emile Durkheim

Kedua-dua tokoh mempunyai persamaan dari segi pengaruh dan teoritikal tetapi mempunyai penerangan dan analisis yang berbeza.Pengaruh yang sama boleh dilihat melalui inspirasi daripada Comte berkenaan organisme yang menghubungkan hidupan dan organ biologi manusia kepada manusia sebagai fungsi yang tidak boleh dipisahkan, kehidupan yang abadi. Keduanya mempunyai pengaruh daripada Comte sebagai memanjangkan analisis mereka mengenai fakta sosial hari ini.

       Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi mari kita melihat timeline bagi kedua-dua tokoh di atas. Herbert hidup selepas Comte iaitu 1820-1903. Manakala Durkheim pula pada abad yang sama iaitu 1858-1917 yang mana timeline ini memberitahu kita bahawa pengaruh mereka terhadap analisis Comte dan ahli Sains yang lain seperti Darwin sangat kuat. Kekuatan tersebut dilihat sebagai satu kesimpulan kepada aliran pemikiran yang diwarisi oleh kedua-dua tokoh tersebut tetapi Herbert Spencer adalah pioneer kepada teori evolusi yang dipengaruhi oleh Darwin.

        Kehidupan adalah umpama satu organisasi yang biasanya menjadi satu empirik dan menarik untuk dikaji, yang mengatur dan menjadikan dunia sebagai satu lakonan untuk manusia mestilah suatu yang telah lama menjadi aturannya. Semua manusia tidak boleh tidak mempedulikan apa yang dimaksudkan dengan kuasa supernatural atau metafizikal proses di dalam akal fikiran.Walaupun kedua tokoh tidak membincangkannya melalui perspektif agama terutama Durkheim yang mengelak daripada membincangkan fungsional dalam The divison of Labour dengan agama kerana beliau beranggapan bahawa "jika kita mengaplikasikannya mungkin terdapat beberapa akibat pada masa hadapan yang akan berlaku"1. Sehubungan dengan itu, Spencer hanya melihat fungsi masyarakat melalui kedinamikannya yang mana beliau berhujah masyarakat yang kompleks akan bertambah kompleks dan berbeza dari fungsinya kerana keperluan fungsi (seperti yang dibincangkan dalam bab sebelum ini) yang terbina dalam struktur masyarakat. Beliau menggariskan empat kelas keperluan yang boleh diwakili oleh tiga label :

1. keperluan kepada operasi yang bermaksud keperluan untuk pengeluaran dan pengeluaran semula.
2. keperluan kepada undang-undang untuk mengawal populasi menggunakan kuasa dan simbol.
3. keperluan kepada pengagihan atau perpindahan masyarakat,maklumat dan sumber masyarakat.

Kesemua keperluan terbabit adalah sebagai keperluan kepada masyarakat yang semakin berkembang untuk mencapai masyarakat yang kompleks seperti hari ini. Analisis Herbert ini adalah berdasarkan kepada masalah yang organik yang berada di dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Herbert mangatakan" organ manusia dan organ haiwan mempunyai penyusunan dalaman yang agak sama. Berbeza daripada satu sama lain sebagai sistem penghadaman daripada makhluk hidup lakukan dalam kehidupan seharian yang mempunyai beberapa cara yang umum. Setiap alat penghadaman mempunyai tugas tertentu untuk melengkapkkan anggotanya nutrient di dalam badan manusia atau haiwan, mereka akan melakukan kesemua keperluan seperti di atas sebagai menunjukkan kefungsiannya di antara satu sama lain".
       
       Sementara itu,analisis Durkheim mengenai teori  fungsional tertumpu kepada 4 andaian asas yang dikemukan di dalam hasil kerjanya iaitu "the division of labour"iaitu:
1.Masyarakat mestilah digambarkan dalam keadaannya sendiri iaitu boleh dibezakan dan tidak boleh     dikurangkan bahagiannya terhadap apa yang diaturkan.
2. Durkheim pula melihatt setiap sistem mesti dipenuhi dari segi fungsi asasnya, keperluan secara keseluruhan.
3. Kekerapan penggunaan fahaman "keperluan fungsi" adalah disokong oleh konsepsi Durkheim terhadap sistem sosial sebagai  "normal" dan "phatologikal".
4. Apabila kita menggambarkan sistem sebagai normal dan patologikal - berfungsi-  implikasi tambahan  adalah sistem  tersebut mempunyai persamaan  yang mana fungsi yang normal berlaku.

        Durkheim cuba memisahkan faktor teologi sebagai salah satu daripada fenomena fungsional masyarakat tetapi beliau memberi satu alasan yang berkaitan perkara tersebut yang mana menurutnya "kita mesti melihat fakta sosial secara berasingan sebab yang efisyen untuk menghasilkannya dan fungsinya dipenuhi". Walaupun analisis beliau sebagaimana begitu, tetapi analisisnya mengenai fungsional lebih bersifat sistematik dan lebih advance berbanding analisis spencer dan comte di mana beliau telah membincangkan secara panjang lebar mengenai perbezaan sebab(pertambahan populasi dan kepadatan moral) dan fungsi( integrasi di antara masyarakat).  further details please visit http://media.pfeiffer.edu/lridener/dss/Durkheim/DIVLABOR.HTML

    Jadi, secara kesimpulannya marilah kita mengamati analisis kedua tokoh tersebut yang mana analisis tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diungkapkan dengan perkataan yang mudah dan lebih tepat lagi bahasa yang tepat dan padat mengikut konteks teoritikal dan analisis mereka tetapi apa yang saya faham mengenai keduanya adalah analisis yang bersifat induktif yang mengambil fakta umum untuk kesimpulan  yang khusus terhadap fenomena sosial. Namun pada pandangan saya teori fungsional memberi sumbangan kepada kita sebagai manusia mempunyai fungsi tertentu untuk dipenuhi secara sosialnya atau secara rohaninya,fungsi yang tidak dilihat oleh mata kasar-hubungan dengan Allah walaupun durkheim melihatnya sebagai kebahayaan yang mendatang jika dilihat dari segi agama, tetapi bagi umat islam khususnya ianya adalah fungsi yang tidak boleh dipisahkan oleh diri mereka kerana Islam sebagai cara hidup mereka walau apa cara sekalipun. Akhirnya analisis Spencer dan Durkheim adalah satu sumbangan yang menarik dalam teori fungsional untuk dibincanngkan dan sebagai asas kepada kemunculan teori fungsional yang lebih kompleks. Tajuk seterusnya akan diambil daripada sumbangan dan percambahan teori fungsional kepada perbincangan struktur dalam perbahasan teoritikal oleh Redcliffe Brown dan Bronislaw Malinowski (an imminent anthropologist in the 19th century)......... InshaAllah....

Catatan popular daripada blog ini

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

TEORI SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI