Follow by Email

share its...

Sabtu, 3 Mac 2012

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)

Teori Sosiologikal : Suatu Pengenalan

Teori merupakan satu penerangan tentang bagaimana dan mengapa peristiwa di alam universal ini terjadi. Teori sosiologikal juga ialah penerangan tentang bagaimana dan mengapa tingkah laku manusia, interaksi, dan pengurusan mereka. Oleh itu, walaubagaimanapun perkara ini adalah, kontroversi yang dipertimbangkan daripada definisi teori itu. Pada pusat kontroversi ini, terdapat satu persoalan sama ada teori sosiologikal atau tidak, boleh menjadi satu teori yang bersifat saintifik. Beberapa pengkaji boleh menyokong hujah tersebut dan sebahagiannya tidak menyokong hujah tersebut dan ramai yang mengambil jalan tengah bagi perbincangan teori ini. Untuk menghargai dimensi tersebut keseluruhannya, mari kita mulakan secara ringkas dengan menggariskan “the nature of scientific theories”(dasar teori saintifik). Kemudian, kita kembali kepada apa yang dikritik oleh teori saintifik untuk mencari apa yang ditolak.


The nature of scientific theories (Dasar Teori Saintifk)

Teori saintifik bermula dengan andaian bahawa alam universal, termasuk alam sosial yag dicipta oleh lakonan manusia, menceritakan asas-asas kepastian dan asas karekteristik dan prosesnya akan menerangkan tentang pasang surut peristiwa dalam konteks yang spesifik. Akibat daripada pertimbangan berkaitan asas karakteristik dan proses, teori saintifik selalu dipanggil abstrak, meningkat di atas peristiwa empirik yang spesifik dan menekankan mengenai pengaruh yang mendasari sesuatu peristiwa. Dalam konteks penyelidikan sosiologikal, contohnya, penerangan teoritikal tidak banyak menerangkan tentang soal ekonomi secara spesifik sebagai faktor pengeluaran yang dinamik dan pengagihan secara umum. Ianya sama juga dengan Teori saintifik tidak banyak menerangkan secara khusus mengenai  bentuk kerajaan sebagai asas kepada kuasa semulajadi dan sebagai asas kepada pengaruh sosial. Atau, untuk menggambarkan dengan lebih lanjut, teori tidak banyak secara khususnya menerangkan tentang tingkah laku dan interaksi di antara manusia yang sebenar di dalam tempat yang khusus sebagai dasar kepada tingkah laku interpersonal manusia secara umum. Kemudiannya, matlamat yang selalunya dilihat jika dasar pengaruh yang khususnya diperintah oleh kes yang spesifik. Untuk merealisasikan matlamat ini, teori haruslah  mempunyai karakter yang generic dan prosesnya melampaui keunikan karakter dalam semua situasi atau kes. Saintifik teori juga selalunya merangkumi lebih daripada jangkauan khusus dan masa yang terikat, dan dalam menjalankan perkara tersebut, mereka haruslah menfokuskan kepada generic, fundamental, tidak berkait dengan masa, dan bersifat universal.

                Karakteristik lain daripada teori saintifik adalah mereka menggunakan  lebih daripada bahasa yang biasa. Pada peringkat ekstrim, teori menjadi perkara dasar dalam bahasa lain, seperti matematik, tetapi khasnya dalam sains sosial dan khasnya sosiologi, teori adalah prasa dalam bahasa yang lazim. Walaupun tetap menggunakan bahasa yang biasa, ahli sosiologi berusaha untuk bercakap dalam keadaan neutral, objektif, dan istilahnya tidak samar-samar, jadi teori tersebut adalah perkara yang sama kepada sesiapa yang menelitinya. Pengertian karekter dunia dan kedinamikannya adalah didefinasikan secara jelas, dan hubungan di antara konsep pengertian fenomena yang dipanggil pada cara yang berhubungan difahami oleh sesiapa yang meneliti teori tersebut. Pada masa itu, perkara ini pada pandangan formalism menjadi beku dan pudar, terutama ketika formalisms mengungkapkan pemikiran mereka pada tahap tertinggi.  Sekarang, tanpa perhatian kepada apakah istilah dan frasa yang menandakan dan pembawaan, teori tersebut boleh bermaksud perkara yang berbeza kepada pendengar yang pelbagai.

                Karakteristik yang terakhir daripada teori saintifik ini adalah mereka yang merekacipta dan mencuba secara sistematik dengan replika kaedah terhadap fakta khusus daripada keadaan yang emprikal. Walaupun dinyatakan secara abstrak dan secara formalnya, kemudian, teori saintifik tidak berdiri sendiri  daripada empirical tersebut. Kegunaan teori adalah semuanya memberi pandangan yang mereka boleh menilai terhadap peristiwa empirik tersebut.

                Semua bidang saintifik membangunkan teori. Sebagai kesimpulannya, sains melihat (1) untuk membangunkan teori yang abstrak dan formal, (2) untuk menguji teori terhadap kes empirik jika ianya logik. Jika teori itu seolah-oleh boleh diterima akal oleh penilaian yang empirik, kemudian ianya mewakilkan peristiwa yang belaku masa kini. Jika teori ini bertentangan dengan ujian empirik maka ianya mestilah ditolak dan diperbaiki. Jika teori yang lain wujud untuk menerangkan fenomena yang sama, mereka juga mesti dinilai secara empirik dengan penerangan yang lebih baik lebih berjaya dalam penerangan fenomena ini.

                Sains juga lebih berkait dengan proses yang lambat untuk membangunkan teori, untuk mencuba mereka, dan menolak, diubahsuai, atau menyimpannya, sehingga teori yang lebih baik muncul. Tanpa perhatian untuk menyebut teori  tersebut dinilai secara formal dan secara objektif terhadap dunia yang empirik, teori akan terbela dengan sendirinya dan terkandung dengan sendirinya; ia mungkin akan menjadi susah untuk menyalahkan beberapa teori, dan mereka akan cenderung untuk menjadi hal personal, kecenderungan pemikiran, dan pendirian agama. Perbezaan di antara teori saintifik dan bentuk lain pengetahuan ditunjukkan dalam gambarajah 1.1

                                                                                              


                 Gambarajah 1.1 jenis pengetahuan

Ilmu typology membahagikan kepada dua asas persoalan: (1) adakah pencarian pengetahuan untuk dinilai atau neutral? (2) adakah pembangunan pengetahuan berkaitan dengan peristiwa empirik dan prosesnya, atau ianya tidak dikategorikan kepada reality yang tidak empirical? Dalam lain perkataan, adakah pengetahuan memberitahu kita apa yang harus kita buat atau apakah dia? Dan
pengetahuan itu merujuk kepada dunia yang diperhatikan atau alam yang tidak diperhatikan? Jika pengetahuan itu untuk memberitahu kita apa yang harus wujud (dan, sebagai implikasi, apakah yang harus tidak berlaku) di dalam dunia yang empirik, jadi itulah yang dinamakan pengetahuan ideologi. Jika ianya memberitahu kita tentang apakah yang harus berlaku tetapi tidak logik untuk peristiwa itu diperhatikan, jadi pengetahuan itu adalah agama, atau pengaruh dan menjadi alam yang lain untuk kewujudannya. Jika pengetahuan bukan juga empirik dan bukan juga boleh dinilai, jadi ia adalah sistem formal yang logic seperti matematik. Dan jika ianya peristiwa yang empirik dan tidak boleh dinilai jadi ianya adalah sains.

        Typologi ini nampak kasar, tetapi memberi perkara penting: terdapat pelbagai cara untuk dilihat, ditafsir, dan dibangunkan pengetahuan  tersebut tentang dunia ini. Sains hanya satu-satunya cara. Sains berdasarkan kepada andaian awal yang pengetahuan mempunyai nilai yang bebas yang boleh menerangkan perkara sebenar yang berlaku di dalam dunia empirikal. Karekteristik ini memberi perbezaan sains daripada kepercayaan tentang bagaimana kita harus menjana pemahaman dan wawasan.

                Sempadan di antara jenis-jenis pengetahuan ini biasanya terbuka, atau sekurang-kurangnya dapat diserap. Logic boleh dijadikan sebagai bahasa sains, seperti kes apabila matematik digunakan untuk menyatakan perhubungan yang penting diantara pengaruh yang memandu alam universal ini. Sempadan di antara bentuk pengetahuan ini boleh juga menjadi konfrontasi seperti yang boleh dilihat hari ini dalam kontroversi agama dan penerangan saintifik berkenaan evolusi manusia. Di antara sosiologi yang wajar diketahui hubungan kontroversinya adalah di antara ideologi dan sains. Ramai ahli sosiologi percaya yang teori mesti mempunyai komponen ideologi; ia mesti dikritik dalam keadaan yang tidak disukai dan dianggap alternatif. Kepercayaan  berkenaan “apa yang perlu jadi” begitu dapat mendominasi dan menganalisis alam sosial. Gambaran sosiologi ini bertentangan dengan nilai neutral sains, di mana ideologi dan kepercayaan yang boleh dinilai adalah tidak mencemarkan analisis keadaan sosial. Perdebatan di antara sesiapa yang menganggap teori saintifik dan siapa yang membantah untuk menamakan ideologi telah diperlihatkan di dalam sejarah sosiologi dan debat ini masih menjadi panas. Di dalam bahagian IV buku ini, kita akan menumpukan kepada bab “teori kritikal” yang bermatlamat untuk mengkritik keadaan dan menumpukan kepada potensi lain.

         Teori kritikal ini memberi banyak perbahasan. Satu daripadanya walau bagaimana sukar sekalipun ahli pemikir mencuba untuk mengeluarkan ideologi tersebut daripada kerja mereka, ideologi tersebut akan menyelinap kembali. Setiap ahli analisis diletakkan di kedudukan khusus dalam masyarakat. Oleh kerana itu, terdapat beberapa kepentingan yang mengarahkan kedua-dua masalah yang dipilih untuk dianalisis dan cara untuk dianalisis dirinya sendiri. Tidak boleh tidak apa yang manusia fikir harus berlaku akan  memasuki kajian mereka, jadi pernyataan itu hanyalah ilusi yang beroperasi dalam dunia sosial ini akan bebas daripada ideologi. Kritikan lain adalah apabila “saintis” mengkaji tentang apa yang wujud mereka tidak secara langsung melihat entang dunia sosial sebagai satu struktur yang sedia ada sebagai satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Hasilnya teori tentang dunia sebagai kewujudannya pada masa sekarang boleh menjadi ideologi yang mengesahkan status quo dan mengaburi pemikir kepada penyusunan sosial yang lain. Dan, perkara ketiga yang serangan daripada nilai neutral sains adalah manusia boleh berubah melalui alam semulajadi di alamnya.;sekarang tidak ada kekebalan undang-undang organisasi sosial kerana kapasiti manusia untuk agensinya hanya membenarkan mereka merubah realiti yang dinyatakan oleh undang-undang. Oleh itu, dasar sains masyarakat tidak mungkin kerana realitin sosial boleh berubah oleh actor di dalam realiti itu sendiri.

         Kepada sesiapa yang menumpukan kepada pendekatan saintifik akan menolak hujahan daripada ahli teori kritikal. Walaupun mereka akan melihatnya sebagai ideologi yang bias selalunya berpotensi untuk mempunyai masalah, masalah ini boleh dielakkan dengan memberi perhatian yang berhati-hati kepada sumber yang berpotensi untuk bias. Dan walaupun jika kedudukan seseorang dalam dunia sosial membentuk soalan yang ingin ditanyakan, ia masih lagi tidak dapat dijawab dalam bentuk objektif. Tambahan lagi, sesiapa yang komited terhadap sains akan menolak fahaman yang objektif kajian terhadap dunia sosial memastikan bahawa penyelidikan tersebut akan menyokong status quo. Sains hakiki mencari untuk menyelidiki daya yang memandu dunia hari ini, dan teori adalah salah satu daripadanya yang mana teori yang bagus beroperasi tidak kira masa dan tempat. Jadi, sains tidak hanya memerihalkan dunia sekarang, tetapi saintis cuba untuk melihat bagaimana daya tersebut beroperasi pada masa lalu dan masa sekarang. Di sana tidak ada sebab untuk teori mengesahkan status quo; sesungguhnya teori adalah tentang potensi dinamik daya yang merubah aturan sosial. Akhirnya, saintis menolak bahawa manusia boleh merubah keadaan semulajadi potensi daya yang memandu dunia. Manusia boleh merubah dunia sosial yang wujud hari ini tetapi perkara ini sangat berbeza daripada merubah daya asas dan generik yang membentuk organisasi sosial di dunia ini. Agensi yang dikawal oleh daya yang memandu universal sosial.  Contohnya, manusia boleh merubah cara pengeluaran barang tetapi mereka tidak boleh menyingkirkan pengeluaran sebagai daya asas yang diperlukan untuk terus hidup sebagai sepsis; manusia boleh menukar rejim politik, tetapi tidak boleh menhapuskan kuasa hubungan sosial.

         Perdebatan ini sama ada ianya sosiologi atau tidak, ia boleh menjadi kehendak sains tulen dan tidak hairan lagi ianya tidak sabar lagi untuk diperkenalkan pada masa depan. Untuk tujuan kita, kita secara mudahnya menentukan komitmen sains yang berbeza di antara ahli teori sosiologi. Sekarang, muka surat yang kemudian sepertimana website buku ini akan menekankan kepada sumbangan teori kepada sains sosiologi. Sudah tentu, teori yang menolak orientasi ini akan diselidiki tetapi alternatif ini menyimpang daripada sosiologi yang saintifik.

Elemen Teori Saintifik

Teori adalahh akiviti mental yang beredar di sekeliling proses untuk membangunkan idea yang menerangkan  bagaimana dan kenapa peristiwa berlaku. Teori terbina dengan beberapa asas elemen atau blok binaan: (1) konsep (2) pembolehubah, dan (3) pernyataan/format. Walaupun terdapat banyak prselisihan yang menuntut tentang apakah teori yang harus begini dan begitu, empat elemen ini adalah biasa kepada semua tuntutan tersebut. Beri saya menyelidiki setiap elemen tersebut dengan lebih mendalam lagi.