Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......
Bronislaw Malinowski (7 April 1884 – 16 May 1942) Hari ini kita akan membincangkan mengenai sumbangan dan pemikiran saintifik Malinowski(rujuk rajah di atas), menunjukkan kita kebolehan beliau dalam meneruskan kajian mengenai fenomena masyarakat terutama dalam bidang Antrapologi, Namanya yang sebenar adalah Bonislaw Kasper Malinowski, berasal dari krakaow Poland,permulaan kebangkitan intelektual beliau di Kraków's Jagiellonian University, mengambil bidang matematik dan sains fizikal. Minat beliau dengan bidang antropologi bermula apabila membaca buku James Frazer 's The Golden Bough dan menceburkan diri dalam disiplin ini. Beliau telah menjelajah ke pulau papua yang menjadi lapangan kajiannya yang pertama serta penulisan mengenai masyarakat di pulau Trobriand iaitu Argonauts of the Western Pacific (1922), kajian yang popular dalam kandungan buku tersebut adalah berkaitan ritual Kula Ring - upacara pemberian hadiah yang dilangsungkan oleh semua suku kaum di kep