Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Struktur Tindakan Sosial

Imej
  Talcot Parsons (1902 - 1979) Mari kita mengenali tokoh fungsionalisme ini, Talcot Parsons. Beliau dilahirkan pada 1902, dalam sebuah bandar kecil, bahagian tengah, Colorado Springs, US. Bapanya adalah seorang Paderi protestant di bandar tersebut, Edward Parsons. Bapanya juga adalah dekan bahasa Inggeris di sekolah tinggi. Parsons mempunyai cita-cita sebagai ahli biologi da doktor ketika memasuki Amherst College (Massachusetts) pada tahun 1920. Minatnya beralih kepada dunia sosial seperti ilmu ekonomi iaitu ekonomi politik, iaitu kajian ke atas kesan-kesan sosial daripada proses ekonomi.Gurunya adalah seperti Walter Hamilton dan Clearence Ayer yang banyak dipengaruhi oleh karya Durkheim. Dari saat ini Talcot Parsons telah mengembangkan minatnya dengan lebih dalam lagi mengenai masalah kehidupan sosial masyarakat melalui proses ekonomi dan melanjutkan pelajarannya ke peringkat doktor falsafah. Karyannya yang terulung adalah teori sistem, the structure of social action, toward