Struktur Tindakan Sosial



 Talcot Parsons (1902 - 1979)

Mari kita mengenali tokoh fungsionalisme ini, Talcot Parsons. Beliau dilahirkan pada 1902, dalam sebuah bandar kecil, bahagian tengah, Colorado Springs, US. Bapanya adalah seorang Paderi protestant di bandar tersebut, Edward Parsons. Bapanya juga adalah dekan bahasa Inggeris di sekolah tinggi. Parsons mempunyai cita-cita sebagai ahli biologi da doktor ketika memasuki Amherst College (Massachusetts) pada tahun 1920. Minatnya beralih kepada dunia sosial seperti ilmu ekonomi iaitu ekonomi politik, iaitu kajian ke atas kesan-kesan sosial daripada proses ekonomi.Gurunya adalah seperti Walter Hamilton dan Clearence Ayer yang banyak dipengaruhi oleh karya Durkheim. Dari saat ini Talcot Parsons telah mengembangkan minatnya dengan lebih dalam lagi mengenai masalah kehidupan sosial masyarakat melalui proses ekonomi dan melanjutkan pelajarannya ke peringkat doktor falsafah. Karyannya yang terulung adalah teori sistem, the structure of social action, toward general action theory dan banyak lagi. Perjalanan hidupnya boleh diterjemahkan melalui karyanya yang begitu banyak dan menyumbang kepada kemajuan disiplin sosiologi hari ini terutama dalam aliran fungsionalisme dan boleh juga kita kategorikannya dalam struktur fungsionalisme. Ramai anak muridnya hari ini telah menempa nama sebagai ahli sosiologi yang terkenal seperti Harold Garfinkel (Etnometodology), Clifford Geertz (Symbolic Anthropology) dan ramai lagi.

Struktur Tindakan Sosial

Struktur dalam tindakan sosial ini adalah sebahagian daripada voluntaristic action of theory yang mengandaikan bahawa manusia itu perlu berada daam keadaan yang bebas, utilitarinisme (dalam keadaan mempunyai faedah kepadanya), positivisme (logik berasaskan sains positivisme Comte), dan idealisme (mempunyai kebebasan dalam melontarkan idea mereka). Utilitarianisme bagi parsons adalah aktor yang tidak mempunyai peraturan dan berpisah (independent) dalam pasaran terbuka dan secara mempunyai pilihan yang rasional dalam memilih tingkah laku yang memaksimumkan keuntungan aktor melalui transaksi dengan yang lain. Manakala positivisme pula adalah hubungan sebab dan akibat dalam manusia yang memberikan satu perkara yang lebih dominan dalam aliran positivistik iaitu mengandaikan bahawa hubungan sebab dan akibat lebih menggalakkan di antara ahli kumpulan, kumpulan mengurangkan hubungan sebab itu berlaku di antara individu dalam kumpulan; ia juga mengurangkan hubungan sebab dana akibat proses psikologi dan juga mengurangkan hubungan psikokemikal dan sebagainya, sehingga pergi kepada asas hubungan sebab dan akibat pada perkara yang fizikal. Dalam menilai idealisme pula beliau meletakkan perkataan idea sebagai menghalang kedua-dua individu dan proses sosial,walaupun selalunya idea dilihat sebagai satu entiti yang berpisah daripada kehidupan sosial yang mereka patut aturkan.

     Dalam memahami teori ini dengan lebih mendalam lagi, parson telah memformulasikan teori fungsional organisasi sosial yang mempunyai enam elemen asas :
1. actors - individu
2. actor digambarkan sebagai pencari cita-cita.
3. actor juga mempunyai cara atau kehendak alternatif untuk mencapai cita-cita.
4. actor juga akan mengahadapi pelbagai situasi seperti kehendak biologinya dan yang turun temurun seperti
    juga sebagai undang-undang ekologi yang mempengaruhi pemilihan cara dan cita-cita.
5. actor dikawal oleh niai, norma, dan idea lain yang dianggap sebagai cita-cita dan cara yang ingin dicapai.
6. tindakan juga terlibat dalam pembuatan keputusan yang subjektif tentang cara dan cita-cita yang ingin
    dicapai, semua perkara tersebut di kawal oleh idea dan situasi.
 
                                

Gambaran di atas adalah model kepada teori tindakan  yang dipanggil sebagai unit act bersangkutan dengan individu itu sendiri.

    Oleh itu, keperluan untuk mengetahui andaian asasnya sangat perlu yang mana fungsionalisme menjadi asas kepada pembinaan teori ini yang dimasukkan dengan tambahan strukturlisme yang lebih sistematik dan juga unsur ekonomi yang banyak memberi pengaruh yang kuat kepada Parson dalam kariernya. Banyak karyanya mempunyai kaitan dengan ekonomi kerana pengaruhnya yang kuat daripada pareto, david marshall,durheim dan sebagainya.




Catatan popular daripada blog ini

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)

TEORI SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI