Sambungan teori fungsional

Hari ini dan minggu seterusnya, perbincangan akan menelusuri teori fungsional daripada perkara asas teori hingga tahap kompleks perkembangan teori ini.


1. Struktur
Teori fungsional mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan struktur terutama berkaitan struktur masyarakat kerana apabila merujuk kepada asas teori fungsional yang menekankan fungsi yang bersangkutan di antara ahli anggota masyarakat. Struktur akan memainkan peranan penting dalam menentukan fungsi dan peranan yang mesti digalas oleh setiap anggota. Fungsional juga adalah punca kepada kemunculan teori strukturalisme yang banyak dibincangkan oleh ahlinya. Sehubungan dengan struktur merupakan satu susunan masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing untuk dipenuhi bagi menjadikan kehidupan masyarakat lebih teratur dengan hakikat tugas yang ditetapkan oleh sesebuah masyarakat. Contohnya masyarakat hari ini dibahagikan kepada peringkat dan pangkat tertentu dan mempunyai tugas dan peranan mmasing-masing dalam menjalankan fungsi masing-masing seperti organisasi supermarket yang mempunyai pekerja am,pengurus dan pengarah. Semuanya mempunyai tugas dan peranan masing-masing secara berstruktur dengan diperlengkapkan dengan fungsi yang tertentu untuk dipenuhi.

2. Fungsi
Fungsi adalah badan utama bagi teori fungsional- sepertimana namanya juga yang berasal daripada perkataan function yang bermaksud fungsi. Sama juga seperti struktur masyarakat yang dibincangkan tadi yang memerlukan fungsi sebagai bahan pelincir kepada struktur masyarakat yang terbentuk secara natural atau dicipta. Sesuatu fungsi mempunyai “kesan’ yang boleh dilihat melalui hubungan keluarga yang memberi kesan kepada masyarakat sebagai unit asas sosial(haralombos and holrborn,2000). Menurut mereka juga fungsi juga secara praktikalnya adalah digunakan sebagai memelihara dan kelangsungan hidup manusia yang memberikan satu ketetapan untuk manusia terus hidup di muka bumi ini. Konsep ini diambil daripada teori Darwin iaitu kelangsungan hidup manusia dalam teori evolusinya.

3. Keperluan fungsi
Fungsi juga memerlukan keperluannya tersendiri bagi kelangsungan hidup manusia. Keperluan tersebut boleh ditakrifkan sebagai perkara yang perlu dipenuhi untuk hidup di dunia. Sebagai contoh manusia memerlukan rumah untuk berteduh daripada panas dan hujan makan rumah merupakan keperluan untuk memenuhi fungsi berteduh daripada panas dan hujan untuk terus hidup di muka bumi.

4. Kesepaduan nilai
Nilai adalah tingkah laku yang terbentuk daripada perbuatan dan tingkah laku manusia. Seperti gotong royong sebelum kenduri adalah perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menjalankan kenduri. Jika dilihat kesepaduan nilai sangat penting dalam teori fungsional kerana teori fungsional berfungsi dengan sokongan masyarakat dalam menjalankan fungsi. Sesuatu fungsi tidak dapat berjalan dan menjadi disfungsi(robert merton). Oleh itu kesepaduan nilai sangat penting untuk menjadikan teori fungsional ini beroperasi kepada masyarakat, jika kesepaduan nilai dapat dicapai dengan baik maka masyarakat dapat terus hidup tanpa masalah.

5. Social order(susunan sosial)
Masyarakat daripada kaca mata sosiologi adalah bahagian yang mempunyai hubungan yang rapat. Hubungan tersebut memerluka kepada susunan sosial untuk terus kekal di bumi dan memberikan kesinambungan kepada fungsi yang wujud. Susunan sosial di sini memberikan kita gambaran mengenai proses teori fungsional ini beroperasi melalui masyarakat yang mana masyarakat dibentuk melalui struktur yang tertentu dilengkapi dengan fungsi tertentu untuk terus hidup di dunia beserta keperluan fungsi yang mesti dilengkapi bagi setiap fungsi dalam masyarakat. Selain itu kesepaduan sosial mewakili masyarakat perlu untuk mendapatkan kesepaduan dalam menjalankan fungsi mereka.

Pendapat tokoh:

The organismic analogy by Auguste Comte- dipetik daripada the structure of sociological theory by Jonathan H Turner.

Auguste Comte

Jonathan H Turner


Comte dianggap sebagai pengasas kepada ilmu sosiologi yang perlu diketahui oleh anda kerana pendekatan yang komprehensif dan sistematik yang menghubungkan sains kepada realiti kehidupan manusia. Kaedah saintifik yang digunakan di dalam sains hayat telah dihubungkan melalui kaedah yang dipanggil positivisme oleh comte iaitu pengukuran tingkah laku manusia berdasarkan analitikal saintifik sains pada kurun ke 19. Menurut beliau “sudah masanya untuk menjelajah dunia sosial dengan menggunakan kaedah yang logik dan boleh diterima oleh akal fikiran manusia. Kaedah yang dicipta oleh Comte telah mewujudkan hirarki sains yang mana sosiologi sebagai ratu kepada disiplin sains walaupun sosiologi asalnya diambil daripada terminologi biologi iaitu yang dipangil “organic body” yang dibahagikan kepada dua bahagian 1. Statistic atau morphology dan 2. Dinamik atau pertumbuhan sosial. Dua bahagian ini boleh diterangkan dengan seperti berikut iaitu dalam terminologi biologi manusia mempunyai struktur anatomi yang bermula dengan elemen,tisu, dan organ. Sementara itu keadaan sosial manusia boleh diuraikan melalui keluarga =elemen@sel, kelas dan kasta = tisu dan komuniti = organ seperti tangan. Ringkasnya Comte cuba untuk menghubungkan disiplan biologi iaitu struktur anatomi manusia yang terdiri daripada sel,tisu dan organ itu dengan struktur masyarakat yang terbina. Ianya semacam evolusi manusia atau evolusi dari bawah ke atas yang perlu diketahui bahawa daripada kaedah positivisme oleh comte inilah yang menyumbang kepada percambahan ilmu sosiologi.

Pandangan Comte ini menunjukkan bahawa keadaan sosial manusia boleh dikaji secara saintifik melalui kaca mata sains yang dipanggil hari ini sebagai sains tingkah laku. Hari ini pelbagai cara digunakan untuk mengkaji fenomena masyarakat dan institusinya menggunakan keadah saintifik,salah satu caranya adalah penggunaan statistik dalam penyelidikan dengan mengesahkannya dalam bentuk nombor. Saya setuju dengan pendapat dan kaedah Comte yang berjaya menghubungkan dunia sosial dengan dunia sains walaupun percubaannya pada permulaan hampar tetapi hari ini kaedah ini banyak digunakan untuk membuktikan kesahihan dalam penyelidikan sosial. Walaupun begitu kaedahnya perlu bagi saintis sosial islam khususnya tidak menyimpang daripada kehendak islam sebagai salah satu elemen penting untuk diambilkira ketika menjalankan penyelidikan.

Catatan popular daripada blog ini

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

TEORI SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI