TEORI SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI

Apakah itu teori ?
Teori merupakan satu andaian yang dibuktikan kesahihannya secara saintifik. Ia menerangkan tentang bagaimana dan kenapa sesuatu peristiwa tersebut berlaku di dunia yang luas ini. Menurut sosiologi teori merupakan satu penerangan tentang bagaimana dan kenapa manusia berperilaku,berinteraksi, dan menguruskan dirinya. Kemunculan teori - teori ini dalam sosiologi dan antropologi banyak membantu mereka menerangkan perilaku social yang berlaku di dunia ini.
dalam pembelajaran teori ini ia boleh dikasifikasikan kepada tiga bahagian utama iaitu :
1. TEORI GENERIC ( UMUM )
2. TEORI MIDDLE RANGE
3. TEORI SPESIFIK
Saya akan menerangkan satu persatu tentang pengkalasifian teori – teori tersebut yang mana penerangannya memerlukan satu kaedah yang sangat mendalam untuk memahami teori –teori tersebut.
Telebih dahulu saya akan menerangkan tentang apa yang dikatakan Teori Generic itu?
Teori Generic adalah teori – teori yang mengandungi teori am yang boleh diaplikasikan kepada keseluruhan masyarakat. Di bawah Teori Generic ini terdapat empat teori utama yang sering digunakan oleh ahli antropologi dan sosiologi dalam menyabitkan keadaan masyarakat terhadap teori – teori yang dicipta. Di sini diingatkan bahawa teori generic ini adlah satu pengklasifikasian sahaja bukan satu teori dan yang dikatakan teori tersebut yang mana ia berada di bawah teori generic ini adalah seperti di bawah :
1. Teori fungsionalisme
2. Teori evolusi
3. Teori interaksi simbolik
4. Teori konflik.
Penerangan tentang teori – teori diatas akan dijelaskan dengan lebih terperinci lagi dan sekarang adalah masanya untuk menerangkan tentang teori middle range yang teori ini adalah kesinambungan daripada teori generic ini.
Menurut Robert King Merton teori middle range teori ini boleh dibincangkan di semua event dimana teori berada di antara keadaan kecil tetapi ia diperlukan untuk membuat hipotesis yang berkaitan dengan situasi diantara hari ke hari.
Merton juga menggambarkan bahawa teori ini adalah satu landasan kepada pembentukan teori – teori umum dalam system social yang mana ia memandu kita daripada bentuk situasi yang khusus dalam kelas tingkah laku social, organisasi, dan merubah tanggapan untuk apa ia diperhatikan untuk memberikan penjelasan secara deskriptif kepada kepada situasi social yang tidak digenerelisasi lagi. Middle range adalah merangkumi suatu abstrak yang umumnya ia adalah suatu teori yang dapat menjelaskan fenomena yang tetentu sahaja. Teori Middle range juga membataskan aspek fenomena social dalam masyarakat yang mana ia membolehkan kita membandingkan teori ini tidak seperti teori generic yang skopnya terlalu luas.
Di sini merton memperhatikan kepada teori middle range itu kepada empat keutamaan:
1. Suatu tunjuk ajar kepada permintaan yang bersifat empiric
2. Ketersediaan diantara teori umum dan teori khusus daripada social system
3. Keabstrakan pemikiran yang membawa kepada percubaan yang bersifat empiric
4. Membataskan aspek – aspek fenomena sosial
Contoh bagi teori ini adalah teori kumpulan rujukan, teori struktur, teori role - set, dan sebagainya.
Manakala bagi teori spesifik pula, ia hanya suatu teori yang dapat menerangkan satu sahaja fenomena social yang mana ia tidak melibatkan bebarapa keadaan yang dikira terlalu umum. Teori ini lebih bersifat spesifik atau menjurus kepada satu fenomena sahaja.

Oleh yang demikian kemunculan teori – teori yang tercipta ini dapat member manfaat dalam pembelajaran yang sangat merisaukan para pelajar dimana ia suatu cabaran dalam memahaminya. Sesuatu perkara yang dapat diselitkan di sini adalah teori – teori diatas member banyak peranan kepada ahli ahli antropologi dan sosiologi yang mana penggunaan teori tersebut sangat membantu dalam menjalankan kajian dan penulisan artikel. Teori ini adalah suatu indicator kepada penyelidik untuk membawa kajiannya yang bersifat empirical. Tetapi jika dilihat dari segi proses penyelidikan sains social pula penggunaan teori ini adalah bertujuan untuk melihat dari sudut mana kajian yang hendak dilaksanakan supaya tidak ada persoalan terhadap kajian tersebut.

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5591599484524181723#

Catatan popular daripada blog ini

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)