Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......




Hari ini kita akan membincangkan mengenai sumbangan dan pemikiran saintifik Malinowski(rujuk rajah di atas), menunjukkan kita kebolehan beliau dalam meneruskan kajian mengenai fenomena masyarakat terutama dalam bidang Antrapologi, Namanya yang sebenar adalah Bonislaw Kasper Malinowski, berasal dari krakaow Poland,permulaan kebangkitan intelektual beliau di Kraków's Jagiellonian University, mengambil bidang matematik dan sains fizikal. Minat beliau dengan bidang antropologi bermula apabila membaca buku James Frazer's The Golden Bough dan menceburkan diri dalam disiplin ini. Beliau telah menjelajah ke pulau papua yang menjadi lapangan kajiannya yang pertama serta penulisan mengenai masyarakat di pulau Trobriand iaitu Argonauts of the Western Pacific(1922), kajian yang popular dalam kandungan buku tersebut adalah berkaitan ritual Kula Ring - upacara pemberian hadiah yang dilangsungkan oleh semua suku kaum di kepulauan Trobriand.

       Buku tersebut banyak memberi impak kepada bidang antropologi dan sosiologi terutama dalam bidang antropologi berkenaan metodologinya yang popular iaitu participation obsevation, yang mewakili "off the verandah" iaitu istilah yang diketengahkan oleh Malinowski ketika melakukan participation observation. Kaedah ini memerlukan kepada ahli antropologi untuk berada bersama komuniti dan menjadi sebahagian daripadanya. Beliau telah menggariskan beberapa langkah untuk menjalankan kajian lapangan terutama participation observation :

1. Mengenalpasti struktur masyarakat
2. Tulis semua perkara tentang masyarakat daripada individu yang hidup berdasarkan budayanya.
3. Melalui gambaran struktur tersebut, tuliskan laporan bagaimana rasanya untuk hidup seperti  itu.

        Sementara itu, sumbangan dalam bidang sosiologi pula dan juga boleh dikatakan memberikan sumbangan kepada antropologi,sejak mempunyai hubungan yang rapat terutama dalam perkongsian subjek kajian,metodologi (bagi sebahagian bidang), dan teoritikal intrepretasi, adalah teori Fungsional, yang dijadikan rujukan dan memberi nafas baru kepada aliran pemikiran fungsional.Asas pemikirannya adalah berdasarkan fungsionalisme struktural, memang mempunyai persamaan dengan analisis Redcliffe Brown, sejak mereka rakan seperjuangan.Walaubagaimanpun, analisisnya adalah satu kesinambungan daripada kerja herbert Spencer yang mengandaikan bahawa masyarakat dan budaya adalah "berhubungan di antara satu sama lain" dan tidak ada pemisahan di antara satu fenomena dengan fenomena yang lain, sepertimana analisis Brown yang mengandaikan masyarakat terdiri daripada bahagian yang terpisah, bahayanya memasukkan analisis teologi yang tidak masuk akal di dalam analisis fungsionalnya (sama seperti Durkheim). Kelihatan dua perbezaan yang ketara yang ditunjukkan oleh mereka menganalisis masyarakat. Tetapi keduanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu struktur, fungsi. Beralih kepada Malinowski pula, kemunculan teori versi beliau ini mempunyai andaian asas iaitu 1. fahaman sistem mempunyai peringkat; 2. konsep yang mengatakan bahawa setiap sistem yang berbeza dan pelbagai memerlukan kepada keperluan pada setiap peringkat tadi.
Jadi, apa yang kita dapat ketahui di sini, malinowski cuba melihat secara keseluruhan keperluan yang diperlukan oleh sistem dalam masyarakat bukan sebahagiannya sahaja. Beliau meletakkan tiga sistem yang perlu ada dalam masyarakat: biologi, struktur sosial dan simbolik, daripada ketiga - tiga tersebut hanya simbolik dan struktural lebih penting dalam sistem masyarakat.

       Perkara ini agak sukar untuk difahami dengan mengadakan contoh -contoh yang berada di sekeliling kita,kadang-kadang contoh tersebut dikira sangat kompleks untuk difahami dan sebaliknya, namun pehaman teori ini dapat difahami dengan merujuk kepada kajiannya di kepulauan Trobriand berkenaan perayaan Kula Ring. Kula Ring adalah satu upacara pertukaran hadiah yang berharga kepada orang lain, ia juga berkaitan dengan ritual,berkenaan kuasa superntural yang mendasari upacara tersebut yang mana penduduk kepulauan tersebut mempunyai kepercayaan yang kuat dengan kuasa supernatural walaupun mereka pergi ke laut untuk menangkap ikan mereka terlebih dahulu meminta kepada kuasa supernatural untuk mendapatkan ikan atau sebaliknya, bergantung kepada nasib mereka tetapi yang lebih ditekankan adalah nyawa mereka ketika menagkap ikan. Berbalik kepada Kula ring, upacara ini akan berlangsung dengan pertukaran hadiah di antara masyarakat di kepualauan tersebut dan tawar menawar tidak dibenarkan, dan berkenaan faktor spiritual pula adalah andaian bahawa hadiah tersebut mempunyai semangat yang pemberi niat tertentu untuk melihat penerima kelihatan teruk dengan memberi sesuatu yang bagus berbanding dengan apa yang dia terima. Ini memperlihatkan bahawa orang Trobriand sangat meinitikberatkan faktor spiritual dan aspek sosial mereka kerana hubungannya sangat signifikan sebagai makhluk yang rasional. Di sini kita lihat bahawa kepelbagaian segmen dalam budaya manusia mempunyai fungsi tertentu untuk dikupas menjadikannya lebih harmoni dan berkekalan sebagai satu bentuk organisasi yang berfungsi sepenuhnya.

        Oleh itu secara kesimpulannya, pendekatan malinowski dalam bidang ini memberikan nafas baru kepada mempertahankan taraf saintifik ilmu sosial ini dan penjelasannya mengenai masyarakat secara keseluruhan dapat dikembangkan dalam menerangkan keadaan manusia yang lain di seluruh dunia dengan sedikit penambahbaikan terutama menjadikan antropologi islam itu lebih realistik dan boleh dilanggap sebagai bidang baru yang betaraf saintifik dan diterima umum.



Catatan popular daripada blog ini

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)

TEORI SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI