Teori Sosiologikal - Suatu Pengertian (John H Turner) - Sambungan....



Konsep: Asas Untuk Membina Teori


Teori terbina daripada konsep yang menggambarkan fenomena yang berlaku, mereka mengasingkan ciri dunia yang perlu sementara. Kehidupan di dunia mempunyai warna-warni kehidupan yang mendalam berkenaan dengan tingkah laku, kuasa, interaksi, peranan, status, dan sosialisasi. Semua perkara terbabit adalah salah satu daripada warna warni kehidupan yang berlaku di dunia; ianya seperti seorang ulamak memberitahu dalam ceramahnya “ dunia ibarat tempat permainan kita, nanti kita penat kita berehat(mati) dan terus menuai permainan kita adakah kita menang atau tewas di akhirat kelak?” seperti banyak peringatan sebegini diberikan oleh para asatizah dalam setiap ceramah yang diberikan. Berbablik kepada masalah konsep dalam teroi ini pula kita telah maklum bahawa pengarang buku ini cuba memberikan satu garis panduan yang selari dengan pendapat para saintis sosial ini. setiap terma yang kita selalu gunakan dalam bidang sains sosial seperti kekuasaan, norma dan sebagainya itu adalah suatu konsep yang dikira sebagai melingkari aspek sosial yang diterima umum pada masa sekarang.

Jadi bagaimana konsep itu boleh wujud? Konsep wujud daripada definisi. Saya fikir di Malaysia kita memerlukan kamus dewan sebagai rujukan apakah maksud definisi ini. di dalam sosiologi definisi ini adalah sistem terma yang digunakan untuk membentuk terma – terma daripada fenomena masyarakat tadi seperti apa yang membentk kekuasaan itu sendiri adalah penggunaan bahasa, simbol, yang memberitahu pemerhati tentang fenomena yang berlaku. Dalam hal ini konsep boleh diterangkan menggunakan definisi untuk memberikan gambaran yang memberikan pengertian berkenaan konsep.

Dari sisi yang lain ciri istimewa yang lain adalah keabstrakan. Beberapa konsep yang digunakan lebih cenderung untuk memilih fenomena yang konkrit pada masa dan tempat yang spesifik manakala sebaliknya kebanyakan konsep yang digunakan tidak mengikut sepenuhnya tempat dan masa yang betul. Contohnya dalam konteks kumpulan kecil penyelidikan, konsep yang konkrit boleh dirujuk kepada interaksi diantara individu tertentu, manakala konsep yang abstrak boleh terbina daripada beberapa fenomena boleh merujuk kepada sifat umum terhadap kumpulan yang bersemuka yang tidak terikat dengan interaksi individu tertentu pada masa dan lokasi yang spesifik. Dimana konsep yang abstrak tidak terikat dengan masalah lokasi dan masa yang spesifik. Jika kita hendak membina satu teori konsep yang abstrak sangat diperlukan untuk membina satu keunikan kepada konsep dan teori yang dibina.

Timbul persoalan yang panjang lebar berkenaan dengan bagaimana untuk mengaplikasikan konsep yang abstrak ini ke dalam dunia realiti. Ahli sains sosial pernah memberikan satu siri pernyataan yang dipanggil sebagai “definisi operasi” yang berfungsi sebagai prosedur yang memaklumkan penyelidik tentang bagaimana untuk menurunkan fenomena sebenar yang dicirikan oleh konsep yang abstrak tadi. Selain itu, kita juga perlu meletakkan suatu pendirian bahawa kehidupan di dunia ini mempunyai warna yang perlu dipilih dan pelbagai warna akan terbentuk daripadanya dan daripadanya mungkin konsep yang abstrak itu tadi tidak dapat menerangkan fenomena yang sebenar tetapi persoalannya di sini konsep tersebut boleh diubah mengikut kesesuaian aliran peristiwa.

Catatan popular daripada blog ini

TEORI SOSIOLOGIKAL - SUATU PENGERTIAN (JOHN H TURNER)

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

TEORI SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI