kumpulan-kumpulan teori dalam sains sosial
Sebelum ini kita telah dihidangkan dengan pengkelasifian teori dalam sains sosial yang diletakkan sebagai teori generic, teori middle range dan teori spesifik. Sekarang topik perbahasan kita akan berkisar mengenai school of thought yang dicipta oleh ahli sosiologi dan antropologi. Umumnya apabila kita mengimbas kembali pada abad ke-19 dunia tidak dibahagikan kepada sempadan dunia yang ada hari ini tetapi dunia berada dalam satu perkampungan yang bebas kepada semua orang untuk pergi ke mana sahaja yang dia kehendaki. Buktinya sangat jelas ketika zaman kehebatan abasiyyah yang memberikan impak besar kepada dunia barat yang sudah kita ketahui mereka berada di zaman kegelapan. Pada zaman terbabit kebanjiran sarjana barat untuk mempelajari islam telah memberikan mereka peluang untuk kembali keluar daripada zaman kegelapan yang mana usaha mendapatkan ilmu tersebut berjalan dengan lancar tanpa sekatan.
Namun, sejarah membuktikan bahawa mereka dapat memutarbelitkan faktanya sebagaimana yang berlaku hari ini. Oleh yang demikian pada mulanya kita dapat membina school of thought ini kepada dua bahagian utama early school of thought dan modern school of thought. Kemudian kita akan perincikannya dengan lebih mendalam mengenainya.
Jika melihat kepada early school of thought ini merujuk kepada awal abad ke 18 yang mana ketika term dan istilah sosiologi, antropologi dan sebagainya tersebut mula mendapat perhatian ketika kaedah saintifik dan pemikiran rasional meningkat. Mereka yang terlibat dalam pembentukan early school of thougth ini adalah auguste comte,herbert spencer, dan sebagainya. Mereka juga dikatakan terpengaruh daripada penulisan tokoh greek iaitu aristotle, plato, bidang antropologi iaitu herodotus, montesque dan ilmuan islam iaitu ibnu khaldun. Kemunculan school of thought ini adalah berdasarkan sempadan negara yang wujud pada hari ini iaitu melalui pembahagian negara dan benua tetapi sebahagian pembahagian school of thought ini juga digunakan untuk membahagikan aliran pemikiran mereka seperti fungsional,interaksionisme,struktukturalisme,marxisme, dan sebagainya.
Di harap perbincangan ini dapat memberikan satu input penting kepada anda semua kepada pembahagian pemikiran tokoh teori tersebut sebagai pengenalan kepada pencipta teori-teori terbabit.
Rujukan
t.nm. The international hsitory project. 2001. http://history-world.org/anthropology.htm[24/5/2011]
t.nm. School though.t.th. http://en.wikipedia.org/wiki/Social_thought [24/5/2011]