Teori generik
Hari ini dan minggu-minggu yang mendatang kita akan membincangkan tentang teori generic yang mana ianya adalah satu perkara yang asas dalam mengenali teori sains sosial. Dipanggil teori generic kerana dapat menerangkan secara keseluruhan fenomena yang berlaku pada kehidupan manusia. Terdapat juga ahli sosiologi yang menentangnya kerana tidak merangkumi keseluruhan fenomena masyarakat contohnya teori fungsional menganggap manusia mempunyai fungsi dan struktur tertentu yang perlu dipenuhi dalam kehidupan mereka. Di sini apabila dinilai keseluruhannya teori ini boleh dianggap sebagai merangkumi tetapi tidak bagi sesetengah pendukung teori lain kerana mereka mengetepikan aspek negatif manusia iaitu pergolakan yang berlaku dalam fungsi yang ditetapkan. Begitulah keadaannya ahli sosiologi yang kita pelajari hari ini yang mana semua bertentangan pendapat kerana pegangan teori yang berlainan namun percanggahan ini melahirkan pelbagai teori lain yang menuju ke arah penerangan fenomena masyarakat yang semakin kompleks.
Antara teori generic yang sangat dominan dibincangkan oleh ahli sains sosial hari ini adalah teori fungsional, interaksi simbolik, marxisme dan feminisme dan sebagainya. Hari ini perbincangan akan berkisar mengenai teori fungsional sebagai pembuka teori generic. Seperti yang diketahui bahawa teori ini dipelopori oleh Emile Durkheim dalam "the division of labour" yang membincangkan secara terperinci mengenai teori fungsional kemudian ianya dipanjangkan oleh Talcot Parson dalam "structural fungsionalism".
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda semua mengambil perhatian apabila membincangkan mengenai teori fungsional ini iaitu :
- Struktur
- Fungsi
- Keperluan fungsi (fungsional prerequisite)-talcot parson
- Kesepaduan nilai(value consensus)
- Social order
(sumber haralambos & holborn, 2000)
Kesemua elemen ini dapat menerangkan secara lengkap mengenai teori fungsional dan secara umumnya memberi kita benchmark kepada pemahaman yang mendalam mengenai teori yang lahir daripada teori fungsional seperti system theory dan sebagainya.
Tokoh teori fungsional dan teorinya:
Nama tokoh | Works | Tahun |
(published in English in 1865 | ||
theory of sociocultural evolution | 1857 | |
(1893) | ||
1968 | ||
1952 | ||
Participate observation(methodology) | - | |
fungsionalisme | - | |
- | ||
Many more-try exploring sometime and make a fun to know the theorist..... |