Catatan

Fungsionalism versi ahli antropologi 2 (fungsionalisme Malinowski).......

Imej
Bronislaw Malinowski (7 April 1884 – 16 May 1942) Hari ini kita akan membincangkan mengenai sumbangan dan pemikiran saintifik Malinowski(rujuk rajah di atas), menunjukkan kita kebolehan beliau dalam meneruskan kajian mengenai fenomena masyarakat terutama dalam bidang Antrapologi, Namanya yang sebenar adalah Bonislaw Kasper Malinowski, berasal dari krakaow Poland,permulaan kebangkitan intelektual beliau di Kraków's Jagiellonian University, mengambil bidang matematik dan sains fizikal. Minat beliau dengan bidang antropologi bermula apabila membaca buku James Frazer 's The Golden Bough dan menceburkan diri dalam disiplin ini. Beliau telah menjelajah ke pulau papua yang menjadi lapangan kajiannya yang pertama serta penulisan mengenai masyarakat di pulau Trobriand iaitu Argonauts of the Western Pacific (1922), kajian yang popular dalam kandungan buku tersebut adalah berkaitan ritual Kula Ring - upacara pemberian hadiah yang dilangsungkan oleh semua suku kaum di kep...

fungsionalism versi ahli antropologi.....

Imej
Radcliffe Brown functional analysis. Radcliffe brown merupakan seorang ahli antropologi yang banyak memberi sumbangan kepada disiplin antropologi terutama kemunculan antropologi sosial dan pengumpulan data etnografi melalui tulisannya "the Andaman Islander". Sumbangan beliau dalam teori fungsionalism juga adalah pengaruh daripada Emile Durkheim tetapi beliau cuba untuk memberikan satu kelainan kepada analisis teori ini yang mana pengkajiannya membawa kepada kelahiran struktural fungsionalism - sejak beliau melakukan kajian di Andaman mengikut kerangka struktur fungsi orang pulau andaman.        Kerangka utamanya adalah integrasi 1 sama dengan teori yang dikemukan oleh Durkheim dalam analisis teorinya. Terdapat tiga andaian utamanya : 1. Satu keadaan yang diperlukan oleh masyarakat untuk terus hidup adalah integrasi yang minimum terhadap bahagiannya. 2. Istilah 'function' merujuk kepada proses yang mengekalkan keperluan integrasi dan solidariti. 3....

Teori - teori dalam sosiologi dan antropologi: Teori Fungsional: Herbert Spencer & Emile Durkheim...

Teori - teori dalam sosiologi dan antropologi: Teori Fungsional: Herbert Spencer & Emile Durkheim... : "Herbert Spencer Emile Durkheim Kedua-dua tokoh mempunyai persamaan dari segi pengaruh dan teoritikal tetapi mempunyai penerangan..."

Teori Fungsional: Herbert Spencer & Emile Durkheim

Imej
Herbert Spencer   Emile Durkheim Kedua-dua tokoh mempunyai persamaan dari segi pengaruh dan teoritikal tetapi mempunyai penerangan dan analisis yang berbeza.Pengaruh yang sama boleh dilihat melalui inspirasi daripada Comte berkenaan organisme yang menghubungkan hidupan dan organ biologi manusia kepada manusia sebagai fungsi yang tidak boleh dipisahkan, kehidupan yang abadi. Keduanya mempunyai pengaruh daripada Comte sebagai memanjangkan analisis mereka mengenai fakta sosial hari ini.        Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi mari kita melihat timeline bagi kedua-dua tokoh di atas. Herbert hidup selepas Comte iaitu 1820-1903. Manakala Durkheim pula pada abad yang sama iaitu 1858-1917 yang mana timeline ini memberitahu kita bahawa pengaruh mereka terhadap analisis Comte dan ahli Sains yang lain seperti Darwin sangat kuat. Kekuatan tersebut dilihat sebagai satu kesimpulan kepada aliran pemikiran yang diwarisi oleh kedua-dua tokoh...

Sambungan teori fungsional

Imej
Hari ini dan minggu seterusnya, perbincangan akan menelusuri teori fungsional daripada perkara asas teori hingga tahap kompleks perkembangan teori ini. 1. Struktur Teori fungsional mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan struktur terutama berkaitan struktur masyarakat kerana apabila merujuk kepada asas teori fungsional yang menekankan fungsi yang bersangkutan di antara ahli anggota masyarakat. Struktur akan memainkan peranan penting dalam menentukan fungsi dan peranan yang mesti digalas oleh setiap anggota. Fungsional juga adalah punca kepada kemunculan teori strukturalisme yang banyak dibincangkan oleh ahlinya. Sehubungan dengan struktur merupakan satu susunan masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing untuk dipenuhi bagi menjadikan kehidupan masyarakat lebih teratur dengan hakikat tugas yang ditetapkan oleh sesebuah masyarakat. Contohnya masyarakat hari ini dibahagikan kepada peringkat dan pangkat tertentu dan mempunyai tugas dan peranan mmasing-masing dalam menjalankan fu...

Teori generik

Imej
Hari ini dan minggu-minggu yang mendatang kita akan membincangkan tentang teori generic yang mana ianya adalah satu perkara yang asas dalam mengenali teori sains sosial. Dipanggil teori generic kerana dapat menerangkan secara keseluruhan fenomena yang berlaku pada kehidupan manusia. Terdapat juga ahli sosiologi yang menentangnya kerana tidak merangkumi keseluruhan fenomena masyarakat contohnya teori fungsional menganggap manusia mempunyai fungsi dan struktur tertentu yang perlu dipenuhi dalam kehidupan mereka. Di sini apabila dinilai keseluruhannya teori ini boleh dianggap sebagai merangkumi tetapi tidak bagi sesetengah pendukung teori lain kerana mereka mengetepikan aspek negatif manusia iaitu pergolakan yang berlaku dalam fungsi yang ditetapkan. Begitulah keadaannya ahli sosiologi yang kita pelajari hari ini yang mana semua bertentangan pendapat kerana pegangan teori yang berlainan namun percanggahan ini melahirkan pelbagai teori lain yang menuju ke arah penerangan fenomena masyar...

kumpulan-kumpulan teori dalam sains sosial

Imej
Sebelum ini kita telah dihidangkan dengan pengkelasifian teori dalam sains sosial yang diletakkan sebagai teori generic, teori middle range dan teori spesifik. Sekarang topik perbahasan kita akan berkisar mengenai school of thought yang dicipta oleh ahli sosiologi dan antropologi. Umumnya apabila kita mengimbas kembali pada abad ke-19 dunia tidak dibahagikan kepada sempadan dunia yang ada hari ini tetapi dunia berada dalam satu perkampungan yang bebas kepada semua orang untuk pergi ke mana sahaja yang dia kehendaki. Buktinya sangat jelas ketika zaman kehebatan abasiyyah yang memberikan impak besar kepada dunia barat yang sudah kita ketahui mereka berada di zaman kegelapan. Pada zaman terbabit kebanjiran sarjana barat untuk mempelajari islam telah memberikan mereka peluang untuk kembali keluar daripada zaman kegelapan yang mana usaha mendapatkan ilmu tersebut berjalan dengan lancar tanpa sekatan. Namun, sejarah membuktikan bahawa mereka dapat memutarbelitkan faktanya sebagaimana yang ...