Teori Fungsional: Herbert Spencer & Emile Durkheim
Herbert Spencer Emile Durkheim Kedua-dua tokoh mempunyai persamaan dari segi pengaruh dan teoritikal tetapi mempunyai penerangan dan analisis yang berbeza.Pengaruh yang sama boleh dilihat melalui inspirasi daripada Comte berkenaan organisme yang menghubungkan hidupan dan organ biologi manusia kepada manusia sebagai fungsi yang tidak boleh dipisahkan, kehidupan yang abadi. Keduanya mempunyai pengaruh daripada Comte sebagai memanjangkan analisis mereka mengenai fakta sosial hari ini. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi mari kita melihat timeline bagi kedua-dua tokoh di atas. Herbert hidup selepas Comte iaitu 1820-1903. Manakala Durkheim pula pada abad yang sama iaitu 1858-1917 yang mana timeline ini memberitahu kita bahawa pengaruh mereka terhadap analisis Comte dan ahli Sains yang lain seperti Darwin sangat kuat. Kekuatan tersebut dilihat sebagai satu kesimpulan kepada aliran pemikiran yang diwarisi oleh kedua-dua tokoh...